Apakah hantu wujud

| Wednesday, November 5, 2008 | |
Adakah anda percaya pada kisah – kisah mistik yang mengandungi unsur – unsur misteri yang boleh meremangkan bulu roma anda .Didalam blog ini , kita dapat berbincang dan mengkaji tentang misteri ini . Alam ghaib penuh dengan pelbagai misteri yang menimbulkan pelbagai tanda Tanya dan mengungkap seribu persoalan .

Ramai yang berminat untuk mengetahui tentang makhluk – makhluk ghaib dan mendengar kisah - kisah misteri , namun pendedahan tentangnya amatlah kurang .Hantu atau makhluk halus ini sering diperkatakan , namun mengikut budaya masing – masing . Contohnya di Malaysia terdapat pelbagai hantu yang digelar pocong , toyol , langsuir , hantu lilin , dan bermacam – macam lagi .

Saya juga merupakan peminat – kisah – kisah mistik ini , dan saya sering cuba mengaitkannya dengan kepercayaan orang Islam . Bagi saya hantu itu adalah jelmaan jin, kerana mana mungkin roh si mati menjadi hantu kerana roh si mati sudah kealam kubur .Ia juga mungkin merupakan Qarin si mati iaitu jin yang sentiasa mendampingi kita di saat hidup sehingga kita mati .


Video ini mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang dibunuh oleh bapanya sendiri pada tahun 1936 , kisah ini berlaku di Bandar aguascalientes apabila seorang bapa kepada 2 orang anak ini telah pulang kerumah dengan niat ingin membunuh semua ahli keluarganya .Dalam kekalutan itu , ibu kanak – kanak tersebut hanya sempat menyelamatkan anak lelaki dengan melarikan diri kerumah jiran . Manakala anak perempuannya tidak berjaya dilarikan dan ini menyebabkan anak perempuan sulungnya itu menjadi mangsa pembunuhan bapanya itu .Rohnya di katakan masih bersemadi di rumah tersebut .



0 comments: